Nuffnang Ads

Tuesday, August 25, 2015

Happy Thaipusam Batu Caves 2015

Encik Ayappan

Puan Girija Devi



Happy Thaipusam Batu Caves 2015 (Malaysian Full Deaf)


ThaipusamThaipoosam (Tamil: தைப்பூசம்Taippūcam) is a Hindu festival celebrated mostly by the Tamil community on the full moon in the Tamil month of Thai (January/February). It is mainly observed in countries where there is a significant presence of Tamil community such as India, Sri Lanka, Malaysia, Mauritius Singapore, South Africa, Guadalupe, Reunion, Indonesia, Thailand and Myanmar
The word Thaipusam is a combination of the name of the month, Thai, and the name of a star, Pusam. This particular star is at its highest point during the festival. The festival commemorates the occasion when Parvati gave Murugan a Vel "spear" so he could vanquish the evil demon Soorapadman. There is a misconception among people that Thaipusam marks Murugan's birthday; however, it is believed that Vaikhasi Vishakam, which falls in the Vaikhasi month (May/June), is Murugan's birthday.,

Batu Caves

In Malaysia, the temple at Batu Caves, near Kuala Lumpur, often attracts over one million devotees and tens of thousands of tourists.The procession to the caves starts at the Sri Mahamariamman Temple, Kuala Lumpur in the heart of the city and proceeds for 15 kilometres to the caves, an 8-hour journey culminating in a flight of 272 steps to the top.Devotees carry containers containing milk as offering to Lord Murugan either by hand or in huge decorated carriers on their shoulders called 'kavadi'. The kavadi may be simple wooden arched semi-circular supports holding a carrier foisted with brass or clay pots of milk or huge, heavy ones which may rise up to two metres, built of bowed metal frames which hold long skewers, the sharpened end of which pierce the skin of the bearers torso. The kavadi is decorated with flowers and peacock feathers imported from India. Some kavadi may weigh as much as a hundred kilograms. After bathing in the nearby Sungei Batu (Rocky River), the devotees make their way to the Temple Cave and climb the flights of stairs to the temple in the cave. Devotees use the wider centre staircase while worshippers and onlookers throng up and down those balustrades on either side. When the kavadi bearer arrives at the foot of the 272-step stairway leading up to the Temple Cave, the devotee has to make the arduous climb. Priests attend to the kavadi bearers. Consecrated ash is sprinkled over the hooks and skewers piercing the devotees' flesh before they are removed. No blood is shed during the piercing and removal.





Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer. 

Batu Caves
Batu Caves (Tamil: பத்து மலை), adalah bukit batu kapur, yang mempunyai satu siri gua dan kuil gua, di daerah Gombak, 13 kilometer (8 batu) utara Kuala LumpurMalaysia. Ia mengambil namanya dari Sungai Batu atau Batu River, yang mengalir melepasi bukit. Batu Caves juga merupakan nama kampung berdekatan. Gua ini adalah salah satu kuil Hindu yang paling popular di luar India, khusus kepada Dewa Subramaniam. Ia merupakan titik tumpuan Hindu semasa perayaan Thaipusam di Malaysia.

Tujuan
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana dan air di atas kepala. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyeksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.