Nuffnang Ads

Monday, August 31, 2015

MSDeaf

MSDeaf ( Malaysian Deaf Sports Association)
Maklumat Halaman

Alamat :15-B Kompleks Perniagaan Sri Selangor, Jalan San Peng,55200 Kuala Lumpur, Malaysia


Tarikh MulaDiasaskan pada 23hb Julai 2011

Huraian Pendek  : PENGUMUMAN PENTING! MSFD (Persekutuan Sukan Orang Pekak Malaysia) telah digantikan dengan nama baru iaitu MSDeaf (Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia) dan telah diluluskan pendaftarannya oleh pihak Pesuruhjaya Sukan (PJS) pada 23hb Julai 2010 lalu.


Gambaran Keseluruhan Syarikat : MSDeaf mempunyai dua peranan utama dalam pembangunan dan penggalakan sukan pekak di Malaysia. Peranan-peranan merupakan komitmen terhadap sukan pekak dalam negara dan komitmen terhadap sukan pekak antarabangsa.

MSDeaf bertanggungjawab untuk megambil bahagian yang aktif dalam pertandingan sukan pekak antarabangsa yang diiktirafkan oleh International Committee of Sports for the Deaf (CISS). Pertandingan-pertandingan itu termasuk Sukan Deaflympics Musim Panas dan Sukan Pekak Asia Pasifik.

MSDeaf juga memain peranan dalam pemilihan para atlit pekak untuk mewakili negara, merestui latihan yang dijalankan oleh bakal ahli gabungan masing-masing dan membantu dalam penghantaran para atlit pekak untuk bertanding di peringkat luar negara.



Misi : 

MSDeaf bertanggungjawab untuk menghantar para atlit untuk bertanding di luar negara. Dengan pengiktirafan CISS, MSDeaf adalah satu-satunya badan sukan pekak yang mempunyai kuasa mutlak untuk menghantar para atlit pekak ke luar negara. MSDeaf juga bertanggungjawab menentukan kriteria-kriteria kelayakan bagi sukan individu dan sukan berpasukan untuk menyertai pertandingan pekak antarabangsa.



Telefon : (+6)03-9171 0502Email : info@msdeaf.org.myLaman Web :  http://www.msdeaf.org.my/Page Facebook : MSDeaf