Nuffnang Ads

Wednesday, September 2, 2015

Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak

Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak
Facebook Page : Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia Dan Pengajian Pekak




Introduction


The Malaysian Sign Language and Deaf Studies Association or MyBIM was established on February 8, 2014 and is registered with the Registrar of Societies.

The establishment of MyBIM emanated from a group of dedicated deaf individuals who aspire to elevate the Malaysian Sign Language as a true language and recognized and used by the public.

The establishment of MyBIM commenced in 2011 and is led by Jessica Mak, the founding chairperson. Other founding members are Chong Vee Yee, Amir Hamidi, Venugopal, Ho Koon Wei, Anne Laura, Sariah Ibrahim, Marzuki Ong, Lee Tur Chung and Mohd Adam Mahadi.

The founding members of MyBIM are educated deaf individuals who possess a diverse range of skills such linguistic skills, and information and communications technology (ICT) and wide experience in education, community development and leadership within the specific deaf context and community.

MyBIM aspires to be a research-oriented entity and differentiates itself from the existing deaf associations in Malaysia through its roles and strategic directions. MyBIM has its own set of unique focus and objectives, whic are:
  1. To promote academic knowledge about the deaf community and the Malaysian Sign Language as the official sign language in Malaysia,
  2. To contribute the voice and ideas in language and linguistic issues and to carry out public advocacy,
  3. To encourage academic research and development on the Malaysian Sign Language, and the communication modes and methods of the deaf community in Malaysia,
  4. To disseminate information and knowledge related to the deaf community and the Malaysian Sign Language through seminars, publications and other media channels,
  5. To organize activities and functions to build public knowledge on the deaf community and the Malaysian Sign Language, and
  6. To build network and collaborative relationship with tertiary educational institutions and other similar organizations and establisments.
It is hoped that MyBIM can actively contribute to the development of sign language and deaf culture in Malaysia through the dissemination of related research findings and evidence in the media, academic journals and articles, courses, workshops and seminars.

These research findings will be used to raise public awareness of the importance of the Malaysian Sign Language as a true language and simultaneously develop a systematic standards for teaching and learning, grammar, syntax, level of use, and capability index for sign language.

Research activities on the deaf will also explore, build and develop new knowledge that covers a wide range of issues within the deaf community in Malaysia such as deaf history, identity, culture, education, sports, technology, socio-economy, arts and deafhood.

For these reasons, MyBIM has huge potentials to be a platform for publicly accessible quality resources and neutral reference for deaf associations, government agencies, tertiary educational institutions, special education practitioners and the general public.


Description of the logo

  • The open palm symbolizes sign language, which is used widely by the deaf community through the Malaysian Sign Language.
  • The letter “b” on the palm denotes the BIM (Bahasa Isyarat Malaysia) as the mother tongue of the deaf community in Malaysia.
  • The light green color symbolizes the preserved continuity of the Malaysian Sign Language. The turquoise color represents the rights of the deaf community in Malaysia to live a respectable and meaningful life.
  • The black color brings in the accepted tradition and practices of the deaf community.



Pengenalan


Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak atau Malaysian Sign Language and Deaf Studies Association (MyBIM) ditubuhkan pada tanggal 8 Februari 2014 serta berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Idea penubuhan persatuan ini merupakan hasil bersama kumpulan warga Pekak yang ingin melihat Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dijulang sebagai bahasa yang sebenar dan setanding dengan bahasa manusia di kaca mata masyarakat umum.

Proses penubuhan MyBIM bermula pada tahun 2011 dan dikendali oleh Jessica Mak selaku pengerusi pihak penaja. Antara ahli-ahli penaja yang turut menjayakan usaha pengasasan persatuan tersebut ialah Anthony Chong, Amir Hamidi, Venugopal, Ho Koon Wei, Anne Laura, Sariah Ibrahim, Marzuki Ong, Lee Tur Chung dan Mohd Adam Mahadi.

Sebahagian besar daripada pihak penaja ini berlatarbelakangkan pendidikan tinggi, mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang seperti linguistik, pengajian Pekak dan teknologi maklumat serta memiliki pengalaman yang luas dalam pembangunan komuniti dan kepimpinan Pekak.

MyBIM wujud sebagai sebuah entiti yang berorientasikan penyelidikan dan berbeza dengan persatuan-persatuan orang Pekak yang sedia ada dari segi peranan dan hala tuju. Persatuan ini mempunyai fokus tersendiri dalam melaksanakan objektif yang berikut.
  1. Mempromosikan pengetahuan yang bertaraf akademik tentang komuniti Pekak dan BIM sebagai bahasa yang sebenar dan bahasa isyarat kebangsaan di Malaysia.
  2. Menyuarakan pandangan dan menyumbangkan idea dalam usaha menangani isu-isu kebahasaan dan melaksanakan advokasi awam.
  3. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan secara akademik terhadap komuniti Pekak dan BIM dan kaedah komunikasi yang digunakan oleh warga Pekak di Malaysia.
  4. Menyebarluaskan pengetahuan yang berkaitan dengan komuniti Pekak dan BIM menerusi seminar, penerbitan dan media lain yang dianggap layak oleh Persatuan dari semasa ke semasa.
  5. Mengadakan aktiviti-aktiviti ke arah mengangkat tahap pengetahuan tentang komuniti Pekak dan penguasaan bahasa isyarat dalam kalangan masyarakat umum.
  6. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi dan badan-badan lain yang mempunyai tujuan yang sama.
Penubuhan MyBIM diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan bahasa isyarat dan kebudayaan Pekak di negara ini dengan menyebarluaskan hasil penyelidikan dan penemuan yang diterbitkan dalam media, jurnal, artikel akademik, kursus, seminar dan bengkel. 

Hasil penyelidikan yang diperoleh menyediakan pendedahan yang menyeluruh kepada masyarakat awam mengenai kepentingan BIM sebagai bahasa yang sebenar sekali gus mewujudkan standard yang sistematik termasuk tatabahasa, sintaks, tahap penggunaan, indeks kecekapan, pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, aktiviti pengajian Pekak akan menerokai, membina dan mengembangkan pengetahuan baharu yang merangkumi sejarah, budaya, identiti, pendidikan, sukan, teknologi, sosioekonomi, kesenian dan deafhood (proses beridentitikan Pekak).
Oleh hal yang sedemikian, MyBIM mempunyai potensi untuk dijadikan platform rujukan yang berkualiti dan berkecuali untuk diakses oleh semua persatuan orang Pekak, agensi-agensi kerajaan, pihak institusi pengajian tinggi, warga pendidikan khas dan masyarakat umum.


Keterangan logo
  • Tapak tangan yang terbuka melambangkan komuniti warga Pekak yang berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).
  • Huruf “b” pada tapak tangan melambangkan BIM sebagai bahasa ibunda komuniti warga Pekak.
  • Warna hijau muda bermakna kesinambungan BIM yang dipelihara. Warna turquoise bermakna hak-hak komuniti Pekak untuk menikmati kehidupan yang dihormati.
  • Warna hitam bermakna tradisi dan rasmi, iaitu kebudayaan komuniti Pekak yang dikekalkan dan diterima oleh semua pihak.